Saya berumur 37 tahun dan isteri saya pula 32 tahun. Setiap kali melakukan hubungan intim dengan isteri di atas ranjang saya seringkali membayangkan isteri saya sedang bermesara dengan lelaki lain. Saya cukup teransang bila membayangkan isteri saya melakukan hubungan dengan lelaki lain. Perasaan pelik ini timbul selepas kami berkahwin selama 5 tahun. Namun sehingga kini saya tidak pernah menyatakan perkara ini kepada isteri saya.

by: Joe

Saya telah berkahwin dengan isteri saya 6 tahun lalu. Tapi masalahnya selama kami hidup bersama, saya tidak pernah mencintainya. Saya berkahwin dengan isteri saya pun sebenarnya atas kehendak keluarga. Permintaan ayah saya sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saya sudah berusaha untuk mencintainya tapi saya tidak mampu. Semakin saya cuba untuk mencintai isteri saya semakin dalam ingatan saya pada bekas kekasih saya yang masih setia menunggu. Kalaulah isteri saya tahu bagaimana perasaan sebenar saya terhadapnya mungkin dia sedih. Saya juga tidak mahu melihat dia berasa sedih walaupun saya tidak mencintainya.

by: Nifzm

Sebenarnya aku lah perempuan yang selalu keluar dengan abang Imran sehingga keluaraga abang Imran berkecai. Akulah penyebab kak M dengan abang Imran bercerai. Tapi aku tk nk kak M salahkan aku sorang-sorang. Masakan berbunyi kalau hanya bertepuk sebelah tangan. Abang Imran sebenarnya yg cuba permainkan aku. Masa aku mula-mula kenal abang Imran, dia mengaku yang belum beristeri lagi. Aku hanyut dengan janji-janji manis abang Imran sehingga maruah ku tercemar. Semoga lelaki bernama Imran yg pernah ku kenal mendapat segala balasanya.

by: Haniz

Uncle James...memang gila. Tapi itu lah hakikatnya, aku pernah jatuh cinta dengan pakcik ku sendiri. Adik sebelah ibuku. Uncle james time tu tinggal menumpang di rumah kami semasa baru mula-mula start kerja di bandar J. Aku tahu salah mencintai uncle sendiri, tapi nak buat macam mana. Sehingga kini aku masih merindui uncle James.

by: gadis J.